GREASLISH disaran jangan terlalu dengar kritikan. FOTO EPA
GREASLISH disaran jangan terlalu dengar kritikan. FOTO EPA
AFP

London: Pep Guardiola menggesa Jack Grealish tidak mengendahkan kritikan dan statistik mengecewakan selepas bermula agar suram dalam perjalanan kariernya bersama Manchester City.

Pemain tengah England itu gagal mengulangi pencapaian terbaiknya sejak berpindah dari Aston Villa dengan mencatat rekod termahal Britain £100 juta (RM562 juta) ke juara Liga Perdana Inggeris itu pada Ogos lalu selepas hanya menjaringkan tiga gol dan melakukan tiga hantaran menghasilkan jaringan dalam semua kejohanan.

Pemain berusia 26 tahun itu mengakui dalam wawancara Disember lalu bahawa sukar mencari keserasian daripada apa yang dijangkakan dan merasakan sebelum ini dia mampu melakukan lebih banyak jaringan serta hantaran menghasilkan gol.

Bagaimanapun, Guardiola tetap gembira dengan sumbangan yang diberikan pemain sayap itu.

"Mungkin dia terlalu banyak mendengar apa yang orang katakan dan ia tidak sepatutnya berlaku.

"Sentiasa kita berbincang mengenai statistik. Pemain hari ini bermain untuk statistik namun ia adalah kesilapan besar mereka lakukan.

"Statistik adalah sedikit maklumat yang kami ada namun pemain yang membuatkan pasukan bermain dengan baik bukannya statistik," kata Guardiola.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 1 Mac 2022 @ 8:25 PM