ELLIOTT meraikan jaringannya. FOTO Reuters
ELLIOTT meraikan jaringannya. FOTO Reuters
AFP

Liverpool: Jurgen Klopp melabelkan kejayaan Harvey Elliott meledak semula gol ketika Liverpool melakar kemenangan 3-1 ke atas Cardiff pada pusingan keempat Piala FA sebagai 'kisah dongeng' selepas lima bulan berdepan kecederaan buku lali yang serius.

Elliott masuk sebagai pemain gantian bersama-sama bintang baru ditandatangani, Luis Diaz selepas tandukan Diogo Jota menghasilkan gol pertama pada separuh masa kedua.

Diaz memberi impak yang pantas dengan membantu Takumi Minamino menjaringkan gol kedua Liverpool.

Namun paling menarik adalah apabila Elliott menjaringkan gol ketiga 14 minit sebelum berakhir perlawanan.

Terdapat kebimbangan Elliott kemungkinan tidak dapat beraksi sepanjang musim ini apabila dia mengalami kecederaan itu ketika bertemu Leeds.

"Beraksi semula satu perkembangan yang bagus tetapi dapat menjaringkan gol adalah kisah dongeng.

"Harvey tidak bernasib baik apabila mengalami kecederaan itu tetapi bernasib baik dengan keseluruhan proses selepas itu.

"Semuanya berjalan dengan baik. Pasukan perubatan juga melakukan kerja dengan sangat luar biasa. Elliot seorang pemain yang berani dan hebat," kata Klopp.

Rubin Colwill menjaringkan gol saguhati untuk Bluebirds tetapi ia tidak dapat menghalang Liverpool mara ke pusingan 16 terakhir bertemu Norwich di Anfield.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 7 Februari 2022 @ 10:06 AM