Jan Oblak. FOTO Agensi
Jan Oblak. FOTO Agensi
AFP

Madrid: Penjaga gol Atletico Madrid, Jan Oblak diuji positif Covid-19 umum kelab Speanyol itu, sebentar tadi.

"Penjaga gol kami menjalani pengasingan diri, mengikut saranan yang ditetapkan pihak berkuasa kesihatan," menurut kelab itu dalam satu kenyataan.

Ujian positif Oblek disahkan ketika tempoh rehat musim La Liga sementara negara di luar Eropah beraksi dalam saingan kelayakan Piala Dunia Qatar.

Bagaimanapun, Atletico terdesak untuk menggunakan khidmat Oblak bagi aksi perlawanan liga akan datang menentang Barcelona pada 6 Februari ini, yang bakal menentukan kedudukan penting dalam saingan empat teratas La Liga.

Atletico Madrid kini berada di tempat keempat carta liga, satu mata mengatasi Barca di tempat kelima.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 10:50 PM