Patrice Motesepe. FOTO AFP
Patrice Motesepe. FOTO AFP
AFP

Yaounde: Aksi suku akhir Piala Negara Afrika dijadualkan berlangsung di Stadium Olembe dekat Yaounde akan dipindahkan ke stadium lain selepas tragedi memasuki stadium semalam, kata Presiden Konfederasi Bolasepak Afrika, Patrice Motsepe.

Perlawanan suku akhir pada Ahad akan dipindahkan ke Stadium Ahmadou Ahidjo juga dekat Yaounde, yang sebelum ini pernah digunakan pada kejohanan itu.

Lapan orang mati dan puluhan daripadanya mengalami kecederaan ketika peminat cuba memasuki Stadium Olembe di mana tuan rumah, Cameroon menentang Comoros menurut Menteri Kesihatan Negara itu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 25 January 2022 @ 10:17 PM