BUENDIA (kanan) menyaksikan bola tandukannya menerjah gawang Everton. FOTO Reuters
BUENDIA (kanan) menyaksikan bola tandukannya menerjah gawang Everton. FOTO Reuters
AFP

Liverpool: Perubahan pengurusan tidak memberikan keputusan yang diinginkan Everton apabila mereka kalah 0-1 kepada Aston Villa di Goodison Park sebentar tadi.

Tandukan Emiliano Buendia pada masa kecederaan separuh masa pertama membezakan nasib antara kedua-dua pasukan dengan The Toffees hanya lima mata di atas zon penyingkiran dengan menduduki tangga ke-16.

Duncan Ferguson menggalas tugas sebagai pengendali sementara berikutan pemecatan Rafael Benitez hujung minggu lalu yang hanya mencatatkan satu kemenangan daripada 13 perlawanan liga.

Ferguson sebelum ini tidak pernah kalah apabila memangku tugas pengurus ketika berdepan Chelsea, Manchester United dan Arsenal sebelum Carlo Ancelotti mengambil alih dua tahun lalu.

Bagaimanapun, beliau tidak dapat mengulangi kejayaan yang sama ketika berdepan pasukan yang dibimbing oleh salah seorang pemain musuh tradisinya di Liverpool, Steven Gerrard.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 22 January 2022 @ 11:24 PM