RONALDO (kanan) sering meraikan jaringannya dengan gaya ‘Siu’. FOTO AFP
RONALDO (kanan) sering meraikan jaringannya dengan gaya ‘Siu’. FOTO AFP
Agensi

London: Gaya Cristiano Ronaldo meraikan jaringan dengan laungan 'Siu' semakin popular di seluruh dunia.

Sehinggakan penonton yang menyaksikan saingan tenis Terbuka Australia ketika ini mengambil peluang untuk meniru gaya itu yang turut mencetuskan kekeliruan.

Pelbagai saluran berita, pengulas dan juga beberapa pemain pada mulanya menyangkakan laungan 'Siu' itu sebagai ejekan 'boo', sebelum akhirnya menyedari apa yang sebenarnya dilaungkan oleh peminat.

Ia mencetuskan pelbagai reaksi daripada pemain dengan pilihan tuan rumah, Nick Kyrgios turut meniru gaya bintang Manchester United itu.

KYRGIOS meniru gaya Ronaldo. FOTO Agensi
KYRGIOS meniru gaya Ronaldo. FOTO Agensi

Selepas melakar kemenangan pada pusingan pertama ke atas Liam Broady, pemain berusia 26 tahun itu menggayakan laungan 'Siu' di atas gelanggang sebagai membalas sokongan padu penyokongnya.

Bagaimanapun bintang tenis Britain, Andy Murray nyata memberikan reaksi berbeza.

"Ia sangat menyakitkan hati," kata pemenang Grand Slam sebanyak tiga kali itu semasa temubual di gelanggang sambil bunyi 'Siu' bergema di sekeliling tempat duduk penonton.

"Saya fikir ia seperti 'Siu' atau sesuatu yang Ronaldo lakukan apabila dia menjaringkan gol."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 20 January 2022 @ 10:59 PM