Penyerang Gabon dan Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang. FOTO Reuters
Penyerang Gabon dan Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang. FOTO Reuters
AFP

Yaounde: Penyerang Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang dibenarkan meninggalkan pasukan Gabun dari saingan Piala Negara Afrika dekat Cameroon dan kembali bersama kelabnya untuk meneruskan pemulihan daripada Covid-19 ujar pasukan kebangsaannya hari ini.

Pemain tengah, Mario Lemina yang beraksi bersama kelab Perancis, Nice turut dihantar pulang ke kelabnya, dengan kedua-dua langsung tidak beraksi di Piala Negara Afrika.

"Kami terpaksa mengambil keputusan berat untuk menghantar mereka pulang ke pangkuan kelab masing-masing yang seterusnya boleh memantau keadaan mereka," kata jurulatih Gabon, Patrice Neveu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 17 January 2022 @ 11:01 PM