ALONSO (kiri) akui peluang mereka sekarang ini semakin sukar. FOTO EPA
ALONSO (kiri) akui peluang mereka sekarang ini semakin sukar. FOTO EPA
Reuters

London: Pertahanan Chelsea, Marcos Alonso percaya pasukannya mempersiakan peluang terakhir untuk kekal dalam perlumbaan kejuaraan Liga Perdana Inggeris (EPL) selepas tumpas 0-1 kepada pendahulu, Manchester City semalam.

Jaringan Kevin De Bryune pada minit ke-70 membolehkan City mengumpul 56 mata daripada 22 perlawanan dan berkelebihan 13 mata berbanding Chelsea di tempat kedua.

"Ia mengecewakan. Ia mungkin peluang terakhir kami untuk terus bertarung berebut kejuaraan EPL.

"Kami akan terus mencuba sehingga ke akhir, sehingga ia dibuktikan secara matematik namun ia akan menjadi sukar sekarang.

"Kami harus memikirkan mengenai Brighton dalam tempoh tiga hari, memenanginya, terus berlatih keras dan tidak melihat kedudukan liga sekarang," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 16 January 2022 @ 10:34 PM