Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte. FOTO AFP
Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte. FOTO AFP
Reuters

London: Pengendali Tottenham Hotspur, Antonio Conte berkata dia tidak membayangkan kelab itu akan memperkukuhkan skuad pada Januari tetapi merumuskan mereka perlu menyelesaikan beberapa masalah.

Selepas kekalahan 0-2 kepada Chelsea dalam aksi pertama separuh akhir Piala Liga minggu lalu, Conte bercakap mengenai jarak penting yang sudah wujud antara bekas kelabnya dan Tottenham.

Pada malam menjelang pertemuan semula itu, Conte berkata polisi perpindahan bergantung kepada kelab dan dia hanya fokus untuk cuba mendapatkan yang terbaik daripada pasukan ketika ini.

"Saya tidak menjangkakan apa-apa, saya jurulatih," kata bekas jurulatih Chelsea itu yang mengetuai Tottenham pada November.

"Saya tahu kami perlu menyelesaikan banyak masalah.

"Bagi saya buat masa ini, cara terbaik ialah cuba mendapatkan yang terbaik daripada pemain saya dan memperbaiki pasukan. Hanya itu cara boleh saya lakukan untuk memperbaiki situasi.

"Kelab tahu situasi yang berlaku dan perlu mengambil keputusan terbaik."

Conte berkata dia sudah mengadakan perbincangan bersama pengerusi kelab, Daniel Levy serta pengarah urusan, Fabio Paratici mengenai cara untuk terus membawa pasukan ke depan.

"Saya tiba pada pertengahan musim dan sudah pasti mereka tahu situasi itu dengan lebih baik berbanding saya," kata pengendali dari Itali itu.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 12 January 2022 @ 8:46 AM