RONALDO bersama presiden kelab Sergio Santos Rodrigues. - FOTO AFP
RONALDO bersama presiden kelab Sergio Santos Rodrigues. - FOTO AFP
AFP

Rio de Janeiro: Pemenang Piala Dunia Brazil, Ronaldo dijangkiti Covid-19 semalam dan terpaksa membatalkan kehadiran di majlis ulang tahun ke-101 kelab pertamanya, Cruzeiro, kata kelab terbabit.

Bekas penyerang berusia 45 tahun itu dalam ''keadaan baik dengan gejala ringan dan kini berehat menjalani kuarantin seperti yang ditetapkan," kata Cruzeiro yang dibeli oleh Ronaldo bulan lalu.

Ronaldo yang cemerlang membantu Brazil menjuarai Piala Dunia 2022 dan tiga kali menang anugerah Pemain Terbaik Dunia Fifa mengumumkan pada 18 Disember lalu pembelian Cruzeiro, kelab yang dia tampil kali pertama secara profesional pada 1993 ketika berusia 16 tahun.

Dia meledak 56 gol dalam 58 perlawanan bersama Belo Horizonte sebelum berpindah ke Eropah dengan menyertai PSV Eindhoven, Barcelona, Inter Milan, Real Madrid dan AC Milan selain meraih Ballon d'Or pada 1997 dan 2002.

Ronaldo turut tampil dalam skuad Piala Dunia Brazil 1994 dan menjaringkan lapan gol dalam tujuh perlawanan ketika Selecao menjuarainya sekali lagi pada 2002.

Dia mengakhiri kariernya bersama kelab berpangkalan di Sao-Paulo, Corinthians pada 2011.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 3 January 2022 @ 9:15 AM