Hakim Ziyech. FOTO Agensi
Hakim Ziyech. FOTO Agensi
AFP

Rabat: Pengendali Maghribi, Vahid Halilhodzic memanggil tiga lagi pemain hari ini untuk melengkapkan skuadnya bagi saingan Piala Negara Afrika di Cameroon bermula 9 Januari hingga 6 Februari depan.

Pertahanan, Badr Benoun dan Mohamed Chibi selain penyerang, Soufiane Rahimi disenaraikan dalam pasukan sekalipun trio itu beraksi di Piala Arab dekat Qatar, baru-baru ini.

Masih belum ada ruang buat Hakim Ziyech. Pemain itu dikatakan tidak sefahaman dengan Halilhodzic sejak musim panas lalu selepas jurulatih veteran itu mendakwa bintang Chelsea itu ada masalah disiplin.

Sekalipun kelab Eropah enggan melepaskan kebanyakan pemain dari benua Afrika, empat pemain daripada skuad itu beraksi buat kelab di saingan negara UEFA.

Antara mereka adalah pemain sayap Paris Saint-Germain, Achraf Hakimi, penyerang Youssef En-Nesyri dari Sevilla dan pemain sayap kanan Barcelona, Abde Ezzalzouli.

Maghribi akan memulakan kempen mereka berdepan Ghana pada 10 Januari diikuti menentang Comoros (14 Januari) dan Gabon (18 Januari).

Senarai Skuad:

Penjaga gol: Yassine Bounou (Sevilla/ESP), Munir El Kajoui (Hatayspor/TUR), Anas Zniti (Raja de Casablanca)

Pertahanan: Soufiane Chakla (Louvain/BEL), Samy Mmaee (Ferencvaros/HUN), Ghanem Saiss (Wolves/ENG), Nayef Aguerd (Rennes/FRA), Achraf Hakimi (PSG/FRA), Souffian El Karouani (Nijmegen/NED), Adam Massina (Watford/ENG), Sofiane Alakouch (Metz/FRA), Badr Benoun (Al Ahly/EGY), Mohamed Chibi (AS FAR)

Tengah: Faycal Fajr (Sivasspor/TUR), Soufiane Amrabat (Fiorentina/ITA), Aymane Barkok (Frankfurt/GER), Ilias Chair (QPR/ENG) Imran Louza (Watford/ENG), Azzedine Ounahi (Angers/FRA), Selim Amallah (Standard Liege/BEL)

Penyerang: Soufiane Boufal (Angers/FRA), Munir Haddadi (Sevilla/ESP), Youssef En-Nesyri Sevilla/ESP), Ryan Mmaee (Ferencvaros/HUN), Ayoub El Kaabi (Hatayspor/TUR), Zakaria Boukhlal (AZ Alkmaar/NED), Abdessamad Ezzalzouli (Barcelona/ESP), Soufiane Rahim (Al-Ain/UAE)

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 Disember 2021 @ 9:14 AM