MARTIAL mahu tinggalkan Old Trafford.
MARTIAL mahu tinggalkan Old Trafford.
Agensi

London: Anthony Martial digesa supaya hanya fokus kepada Manchester United kerana tiada kelab lain yang berminat menawarkan kontrak kepadanya.

Pengurus sementara Ralf Rangnick mengesahkan penyerang Perancis itu memberitahunya dia mahu meninggalkan Old Trafford.

Rangnick berkata mereka hanya akan menjual pemain berusia 26 tahun itu bulan depan jika ia sesuai dengan kelab. United masih bertarung dalam tiga kejohanan yang pastinya sangat sibuk menjelang penghujung musim.

Walaupun Seville dilaporkan berminat dengan pemain itu, Rangnick berkata tiada siapa setakat ini menawarkan kontrak untuk mendapatkan Martial.

Rangnick berkata: "Ya kami berbual panjang Rabu lalu. Dia kata dia sudah tujuh tahun di Manchester United dan kini tiba masa untuk perubahan, berpindah ke kelab lain.

"Kami faham tetapi penting juga melihat situasi kelab. Dengan Covid masih menjadi ancaman dan kami masih ada tiga kejohanan yang sudah tentu memerlukan komitmen tinggi pemain.

"Saya beritahunya selagi tiada kelab lain menunjukkan minat serius kepadanya, selagi itulah kepentingan United perlu diambil kira.

"Setakat ini, belum ada lagi tawaran daripada mana-mana kelab dan dalam hal ini dia perlu kekal."

Martial yang dibeli dari Monaco pada 2015 hanya tampil tiga perlawanan dalam semua kejohanan musim ini selepas kehadiran Cristiano Ronaldo yang sekali gus menyukarkan peluangnya tampil dalam kesebelasan utama.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 27 Disember 2021 @ 6:51 PM