HARRY Kane. FOTO EPA
HARRY Kane. FOTO EPA
AFP

London: Antonio Conte berkata, Harry Kane 'sememangnya terbabit dengan projek Tottenham' di sebalik mempamer prestasi sederhana di awal musim.

Kane dikaitkan dengan perpindahan ke Manchester City tetapi urusan perpindahan itu tidak menjadi kenyataan.

Ramai pengkritik berasakan kegagalannya untuk menyertai juara Liga Perdana itu menjadi penyumbang kepada aksi hambar di awal saingan liga walaupun kegagalan memenangi saingan Euro selepas tewas menerusi penentuan penalti kepada Itali juga mungkin memberi kesan kepada kapten England itu.

Kane dilihat gagal untuk menjaringkan gol ketika di bawah bimbingan Nuno Espirito Santo yang kemudian digantikan oleh Conte.

Malah setakat ini Kane baru menjaringkan sembilan gol dalam semua pertandingan.

"Harry menunjukkan kepada saya kesediaannya dan sememangnya terbabit dengan projek Tottenham.

"Saya melihatnya setiap hari dan nampak dia sangat gembira. Dia mengetuai pasukan ketika di sesi latihan dan di bilik persalinan.

"Saya gembira melihat reaksi positif yang ditunjukkannya pada setiap hari," kata Conte.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 25 Disember 2021 @ 7:31 AM