CONTE akan membuat rayuan ke UEFA. -FOTO EPA
CONTE akan membuat rayuan ke UEFA. -FOTO EPA
AFP

London: Pengurus Tottenham Antonio Conte menyifatkan keputusan Kesatuan Bolasepak Eropah (UEFA) menyingkirkan pasukannya dari Liga Konferes Europa sebagai "menakjubkan" dan mencadangkan Spurs membuat rayuan ke mahkamah.

Spurs diberikan kekalahan 0-3 pada perlawanan terakhir peringkat kumpulan menentang Rennes selepas perlawanan ditangguhkan berikutan peningkatan kes positif Covid-19 di kalangan pemain dan pegawai Tottenham.

Tarikh baharu sebelum tarikh akhir 31 Disember kemudiannya tidak dipersetujui antara kedua kelab itu.

Tottenham perlu menang perlawanan terakhir menentang kelab Perancis itu, yang sudah mengesahkan kedudukan sebagai juara kumpulan, untuk layak mengatasi Vitesse Arnhem.

"Ia masih belum muktamad tapi ada satu lagi cara untuk mengesahkan atau tidak keputusan luar biasa ini.

"Kami sangat-sangat yakin untuk langkah seterusnya dan saya ulangi kami layak bermain aksi kelayakan di atas padang dan bukan di mahkamah.

"Saya tidak boleh terima semua ini. Saya sangat-sangat kecewa dengan UEFA kerana keputusan mereka," kata Conte.

Sekiranya gagal dalam rayuan mereka, pengendali dari Itali itu mempunyai satu lagi peluang meraih trofi menerusi Piala Liga di mana mereka akan bertemu West Ham pada aksi suku akhir awal pagi esok.

Conte turut mengesahkan kem Spurs kini sudah bebas daripada ancaman Covid-19

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 22 Disember 2021 @ 8:20 AM