MBAPPE tidak sabar untuk bekerjasama dengan jenama fesyen dan wangian lelaki itu. FOTO Agensi
MBAPPE tidak sabar untuk bekerjasama dengan jenama fesyen dan wangian lelaki itu. FOTO Agensi
AFP

Paris: Bintang Perancis, Kylian Mbappe mengumumkan menerusi Twitter dia kini menjadi duta jenama fesyen dan wangian lelaki, Dior.

"Saya gembira mengumumkan bahawa saya secara rasmi menjadi sebahagian daripada Maison Dior. Tidak sabar berkongsi kolaborasi kami dalam koleksi fesyen lelaki dan wangian Sauvage," katanya.

Jenama berkenaan yang juga sebahagian kumpulan LVMH, dikawal jutawan Bernard Arnault, menjalin kerjasama selama dua tahun bersama kelab Mbappe, Paris Saint-Germain (PSG) pada awal September untuk menaja kit pasukan.

"Pemain yang memenangi Piala Dunia dengan Perancis ini akan memberikan imej kepada hasil ciptaan Kim Jones, Pengarah Artistik koleksi lelaki Dior," kata Dior menerusi Twitter rasminya.

Mbappe menyertai ramai pemain bola sepak yang memberikan sokongan kepada jenama mewah termasuk Zinedine Zidane, David Beckham dan Lionel Messi.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 18 Disember 2021 @ 11:40 AM