ROBERT Lewandowski. FOTO AFP
ROBERT Lewandowski. FOTO AFP
Agensi

London: Robert Lewandowski tidak yakin dengan ucapan Lionel Messi kepadanya pada majlis anugerah Ballon d'Or minggu lalu apabila melabelkan komen seterunya itu sekadar kata-kata kosong.

Messi, 34, secara kontroversi memenangi anugerah itu berbanding Lewandowski dengan ramai penyokong dan pengkritik berpendapat sensasi Poland itu lebih layak memenanginya.

Penyerang Bayern Munich itu mempamer aksi cemerlang sepanjang tahun lalu tetapi tidak dapat memenangi anugerah itu pada tahun berkenaan kerana pandemik Covid-19.

Ketika ucapannya, Messi berkata Lewandowski berhak memenangi anugerah itu.

"Tahun lalu semua pihak bersetuju bahawa anda adalah pemenangnya dan saya rasa anda seharusnya berhak memenangi Ballon d'Or," katanya.

Bagaimanapun Lewandowski berkata apa yang diperkatakan oleh Messi itu sekadar 'kata-kata kosong' sebelum menegaskan dia tidak lagi memerlukan penghargaan.

"Saya tidak teruja untuk memenangi anugerah itu," kata Lewandowski kepada Marca.

"Saya hanya anggap apa yang Messi katakan itu sekadar kata-kata kosong," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Disember 2021 @ 9:56 PM