Klopp (kiri) mengucapkan tahniah kepada Salah selepas perlawanan. FOTO Agensi
Klopp (kiri) mengucapkan tahniah kepada Salah selepas perlawanan. FOTO Agensi
Agensi

London: Bos Liverpool, Jurgen Klopp yakin penyerang sensasinya Mohamed Salah akan menandatangani kontrak baharu di kelab itu.

Pemain kebangsaan Mesir itu mengharungi musim menakjubkan dan kini mendahului senarai penjaring terbanyak Liga Perdana Inggeris dengan 13 gol.

Salah, 29, menyertai skuad the Reds pada 2017 dan kontrak semasanya dijangka tamat dalam masa 18 bulan lagi.

"Kami berbincang dan melanjutkan kontrak bagi pemain seperti Mo bukan seperti anda temui ketika minum secawan kopi dan mencapai persetujuan pada sebelah petang," kata Klopp.

Tambahnya: "Mo dalam keadaan baik, saya dalam keadaan baik. Apa yang kita mahukan adalah perkara jelas. Perkara seperti ini mengambil sedikit masa.

"Saya fikir apa yang kami mahukan sudah jelas. Ia perlukan masa. Itu sahaja."

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 7 Disember 2021 @ 2:43 PM