Pemain Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang. FOTO EPA
Pemain Arsenal, Pierre-Emerick Aubameyang. FOTO EPA
Agensi

London: Bekas penyerang Arsenal, Thierry Henry mempersoalkan keputusan Mikel Arteta menggantikan Pierre-Emerick Aubameyang pada penghujung babak kedua ketika pasukan itu tewas 2-3 kepada Manchester United.

Pemain kebangsaan Gabon itu tidak dapat menyembunyikan perasaan kecewanya pada aksi di Old Trafford dan terlepas peluang terbaik meledak jaringan pada babak kedua.

Aubameyang digantikan dengan Alexandre Lacazette pada minit ke-79, tetapi Henry tidak faham kenapa kapten Gunners itu tidak dapat melengkapkan aksi 90 minit.

Penjaring terbanyak sepanjang zaman Gunners itu berkata: "Satu perkara yang saya tidak faham adalah Aubameyang adalah kapten anda, dia adalah penjaring gol anda, anda melantiknya sebagai kapten.

"Berbaki 15 minit, anda tewas 2-3, dan anda mengeluarkannya. 2-3 jauh daripada gelanggang sendiri dan anda keluarkan kapten anda, simbol pasukan anda, di atas padang dan anda tahu dia mampu menjaringkan gol untuk anda. Jadi sesuatu yang tidak betul di sini.

"Dia berhak mengeluarkan pemain tetapi jika saya kapten dan berada di tempat duduk pemain. Adakah saya tidak beraksi baik atau adakah mereka masih mempercayai saya."

Aubameyang sendiri mengakui dia seharusnya beraksi lebih baik dengan peluang yang diperoleh pada separuh masa kedua sekalipun pemain berusia 32 tahun itu dikatakan berada di kedudukan ofsaid.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 3 Disember 2021 @ 11:05 PM