Design baju pasukan JDT. FOTO Ihsan pembaca
Design baju pasukan JDT. FOTO Ihsan pembaca
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Gambar baju yang dicetak dengan tulisan "Champions Malaysia Cup 2021' bersama bendera negeri Johor itu menjadi bahan bualan peminat sukan bola sepak negara di media sosial.

Ia susulan kekalahan Johor Darul Ta'zim (JDT) kepada Kuala Lumpur (KL) City FC 0-2 dalam aksi final Piala Malaysia, semalam.

Gambar yang tertulis kapsyen "Awai print x kalut kan... kakakak" menjadi bahan gurauan dan mengundang kecaman serta menjadi topik bualan netizen.

Kebanyakan peminat sukan nombor satu itu menyelar keyakinan pasukan dari Selatan tahniah air yang begitu yakin akan menjulang Piala Malaysia buat kali ketiga di bawah era Tunku Mahkota Ismail (TMJ).

Sebaliknya KL City FC mencipta sejarah tersendiri apabila menamatkan penantian 32 tahun peminat KL untuk melihat pasukan itu kembali menjulang Piala Malaysia dan menafikan skuad Harimau Selatan daripada mempertahankan gelaran juara yang diraih pada 2019.

Pemain tengah Zhafri Yahya dan kapten pasukan Paulo Josue masing-masing mencetak nama sebagai penjaring pada minit ke-66 dan ke-74 untuk mencipta malam gemilang buat skuad Warga Kota.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 12:53 PM