Kapten KL City, Paulo Josue bersama Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menjulang Piala Malaysia. FOTO Aizuddin Saad
Kapten KL City, Paulo Josue bersama Presiden Persatuan Bolasepak Kuala Lumpur (KLFA), Khalid Abdul Samad menjulang Piala Malaysia. FOTO Aizuddin Saad
Aida Adilah Mat


Kuala Lumpur: Lagu Senyumlah Kuala Lumpur dendangan kumpulan Alleycats mula mendapat perhatian netizen selepas Kuala Lumpur City (KL City) FC menjulang Piala Malaysia.

Lagu berkenaan turut dimuat naik dalam laman Facebook Menteri Belia dan Sukan Datuk Seri Faizal Azumu yang mengucapkan tahniah kepada KL City dengan memuat naik status 'Two good goals!! dan disaksikan sebanyak 7.1 ribu tontonan.

Di ruangan komen Mohd Riduzan mengharapkan radio memainkan semula lagu berkenaan. Manakala Shahrul Azmi Mohd Zaki menyatakan lagu berkenaan seakan ditujukan kepada Johor Darul Ta'zim (JDT) dengan menulis 'Pandai orang Perak troll. Nasib teman orang KL."

Komen di laman Facebook rasmi Faizal itu mengucapkan tahniah di atas kejayaan KL menjulang piala terulung itu selepas 1989.

Perbualan mengenai kemenangan KL City turut menjadi topik hangat di laman sosial dan kini berada di carta nombor satu laman sosial Twitter.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 1 Disember 2021 @ 11:34 AM