REMBATAN Bergson terkena tiang.
REMBATAN Bergson terkena tiang.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Perlawanan separuh masa pertama final Piala Malaysia 2021 membabitkan Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City FC menyaksikan tiada sebarang gol berjaya dicetak oleh kedua-dua pasukan.

Pertarungan yang berlangsung di Stadium Nasional Bukit Jalil itu menyaksikan skuad Harimau Selatan lebih menguasai perlawanan dengan sering mengatur serangan berbahaya ke kubu lawan.

Penyerang JDT Bergson Da Silva hampir meletakkan Harimau Selatan di depan pada minit ke-9 namun sepakannya terkena tiang sekali gus menyelamatkan pintu gol Kuala Lumpur.

Corak bertahan yang dipamerkan skuad The City Boy itu menyebabkan tiada sebarang gerakan berbahaya dicipta pasukan terbabit sekali gus menyaksikan separuh masa pertama berkesudahan 0-0. Selain itu, tiada sebarang pertukaran pemain atau layangan kad membabitkan pemain kedua-dua pasukan.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 November 2021 @ 10:02 PM