SUASANA dalam stadium sebelum perlawanan bermula.
SUASANA dalam stadium sebelum perlawanan bermula.
Syazwan Msar


Kuala Lumpur: Stadium Nasional Bukit Jalil mula dipenuhi penyokong bermula jam 7 petang tadi bagi menyaksikan perlawanan akhir Piala Malaysia 2021 antara Johor Darul Ta'zim (JDT) menentang Kuala Lumpur City FC.

Hasil tinjauan Arena Metro mendapati kawalan ketat oleh pegawai perlawanan dan pihak berkuasa sekali gus menyaksikan penyokong mematuhi setiap prosedur operasi standard (SOP) yang ditetapkan Majlis Keselamatan Negara (MKN).

Walaupun final Piala Malaysia edisi ke-100 ini hanya dihadiri 20,000 penonton namun bahang atau kemeriahan tetap dirasai menerusi sokongan penyokong kedua-dua pasukan.

Jelas sekali makan dan minum turut tidak dibenarkan apabila pegawai perlawanan akan melakukan pemeriksaan secara berkala. Walaupun perlawanan berlangsung di Lembah Klang namun lebih dipenuhi oleh penyokong JDT.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 30 November 2021 @ 9:06 PM