DEPAY (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
DEPAY (tengah) meraikan jaringannya bersama rakan sepasukan. FOTO AFP
AFP

Madrid: Barcelona mencatat kemenangan pertama di tempat lawan pada saingan La Liga di bawah bimbingan Xavi Hernandez apabila gol lewat permainan menerusi Memphis Depay dan Philippe Coutinho menyaksikan mereka menewaskan Villarreal 3-1, awal pagi tadi.

Barca melalui lima perlawanan liga di tempat lawan tanpa kemenangan tetapi dengan sentuhan Xavi, pengendali berusia 41 tahun itu berjaya meraih kemenangan kedua pada saingan La Liga sejak membimbing kelab itu

Perlawanan yang berlangsung di La Ceramica itu menyaksikan Barcelona tampak rapuh selepas Villarreal banyak mensia-siakan peluang untuk menjaringkan gol dan hanya tewas menerusi gol Depay minit ke-88.

Coutinho menambah gol ketiga menerusi sepakan penalti pada masa kecederaan selepas Samuel Chukwueze menafikan gol pendahuluan Frenkie de Jong untuk Barcelona di depan seketika di awal separuh masa kedua.

"Kami tidak mendominasi perlawanan ini tetapi akhirnya memenanginya.

"Pada Rabu lalu (bertemu Benfica di Liga Juara-Juara) kami berhak untuk menang tetapi seri. Hari ini sepatutnya seri tetapi kami akhirnya menang.

"Ia adalah kemenangan yang amat luar biasa untuk kami.

Barcelona mengurangkan jurang dengan Atletico Madrid yang menduduki tangga keempat liga kepada tiga mata sebelum Atletico berdepan Cadiz, awal pagi esok.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 28 November 2021 @ 9:06 AM