Lukaku (kiri) dijangka dapat diturunkan pada aksi berdepan United. FOTO Agensi
Lukaku (kiri) dijangka dapat diturunkan pada aksi berdepan United. FOTO Agensi
Agensi

London: Chelsea menerima suntikan semangat hari ini ketika Romelu Lukaku dan Mason Mount kembali menjalani latihan.

Ia hadir sebelum skuad Blues melayan kunjungan Manchester United dalam aksi tumpuan di Stamford Bridge awal pagi Isnin.

Chelsea pastinya menanti kepulangan Lukaku, 28, dan Mount, 22, di kem latihan pasukan itu.

Kelab Barat London itu selesa mendahului empat mata dari pencabar terdekat di tangga teratas selepas kemenangan selesa ke atas Leicester, minggu lalu.

Chelsea hanya tewas satu perlawanan liga musim ini kepada pencabar utama, Manchester City.

Selepas permulaan menakjubkan musim ini, Lukaku - pemain utama di barisan depan mengalami kecederaan pergelangan kaki dalam perlawanan Liga Juara-Juara.

Sekalipun hampir semua pemain membantu dalam menghasilkan jaringan - Chelsea masih merindui sentuhan berbisa Lukaku.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 27 November 2021 @ 9:16 PM