AKIS Pedro Porro (dua dari kiri) yang cuba melepasi kawalan lawan. -FOTO AFP
AKIS Pedro Porro (dua dari kiri) yang cuba melepasi kawalan lawan. -FOTO AFP
AFP

Lisbon: Pedro Goncalves menjaringkan dua gol buat Sporting Lisbon menewaskan Borussia Dortmund 3-1 yang beraksi dengan 10 pemain untuk mara ke saingan 16 terbaik sekali gus menamatkan harapan buat skuad dari Jerman itu mara ke pusingan kalah mati.

Sporting berjaya mendapatkan margin dua gol yang diinginkan untuk layak ke 16 terbaik buat pertama kali sejak musim 2008-2009 apabila berada di kedudukan kedua Kumpulan C di belakang pendahulu Ajax.

Kekalahan di tempat lawan itu menyaksikan Dortmund kini perlu beraksi di peringkat kalah mati Liga Europa.

"Mereka lebih konsisten dan tidak memberi peluang dalam situasi genting," kata jurulatih Dortmund, Marco Rose.

"Kami terlalu mudah melepaskan gol dan terlalu banyak melakukan kesilapan."

Skuad dari Jerman itu dilihat hilang arah akibat ketiadaan penerang prolifik Erling Braut Haaland yang dihantui kecederaan.

Sementara itu Sebastien Haller masuk sebagai pemain gantian dan meledak dua gol untuk kebangkitan Ajax ketika menewaskan Besiktas 2-1 di Turki dan mengesahkan kedudukan teratas Kumpulan C Liga Juara-Juara Eropah.

Juara Belanda itu mengekalkan rekod 100 peratus kumpulan dengan kemenangan kelima berturut-turut. Haller pula mengumpul sembilan gol dalam kejohanan musim ini.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 November 2021 @ 10:26 AM