XAVI mengakui pemainnya tidak berdepan masalah fizikal. FOTO EPA
XAVI mengakui pemainnya tidak berdepan masalah fizikal. FOTO EPA
AFP

Barcelona: Xavi Hernandez akan berdepan ujian sebenar buat kali pertama ketika beliau memulakan misi untuk menyelamatkan Barcelona apabila berdepan Benfica awal pagi Rabu dalam pertembungan Kumpulan E memburu kelompok 16 terakhir Liga Juara-Juara.

"Kami tidak boleh melupakan prinsip kami," kata Xavi selepas Barca menewaskan Espanyol 1-0 pada perlawanan pertama beliau mengemudi pasukan itu.

Mereka memerlukan penalti Memphis Depay untuk menang ketika Espanyol hampir mendapat gol namun dua cubaan terkena palang di Camp Nou.

Barcelona bagaimanapun tampak semakin meningkat menggunakan pemain muda dan gaya baharu.

Namun persoalannya ialah sama ada mereka sanggup mengambil risiko berdepan Benfica ketika tekanan semakin memuncak dan ruang untuk pemulihan sangat kecil? Dan adakah pasukannya cukup berani melakukannya?

Barcelona pasti akan terus menggunakan pendekatan Xavi dalam saingan sengit menentang Benfica.

Bagaimanapun jelas perlawanan itu bukan dimenangi dengan mudah dengan prinsip baharu digunakan itu masih kabur ketika Barca hilang tumpuan terhadap perancangan Xavi apabila menerima tekanan.

Xavi ditanya selepas itu sama ada ia berkaitan masalah fizikal.

"Saya tidak melihatnya sebagai masalah fizikal, ia masalah memahami permainan.

"Kami perlu berdepan lawan, mendominasi, memiliki bola. Ia bukan masalah fizikal, ia masalah bola sepak," kata Xavi

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 22 November 2021 @ 1:15 PM