OLE Gunnar Solskjaer. FOTO AFP
OLE Gunnar Solskjaer. FOTO AFP
Agensi

London: Manchester United akan dipaksa membayar Ole Gunnar Solskjaer £7.5 juta (RM42 juta) selepas memecatnya, hari ini.

Bos Red Devils itu kehilangan jawatannya selepas United mengalami kekalahan memalukan 1-4 kepada pasukan sedang bergelut, Watford, semalam.

Skuad bimbingannya juga tewas kepada seteru utama, Liverpool serta Man City dan mereka kini tewas lima daripada tujuh perlawanan terakhir Liga Perdana.

Pengurusan Man United mengadakan mesyuarat untuk membincangkan pemecatan pengendali dari Norway itu yang baru saja melanjutkan kontrak selama tiga tahun, Ogos lalu.

SunSport difahamkan Solskjaer akan menerima gaji penuh selama setahun sebagai sebahagian pakej pemberhentian oleh kelab.

Jumlah itu dianggarkan sebanyak £7.5 juta sekali gus menyaksikannya menduduki tangga kelima pengurus yang menerima gaji tertinggi di Liga Perdana.

Beliau berada di belakang Pep Guardiola, Jurgen Klopp, Brendan Rodgers dan Marcelo Bielsa.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 21 November 2021 @ 9:47 PM