Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. FOTO EPA
Pengendali Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer. FOTO EPA
Agensi

London: Jurulatih Manchester United, Ole Gunnar Solskjaer menegaskan dia tidak bimbang jika dipecat di Old Trafford.

Masa depan pengendali dari Norway itu terus menjadi tanda tanya, dengan tiga kekalahan daripada empat perlawanan dalam saingan Liga Perdana Inggeris meningkatkan tekanan dalam usaha memburu gelaran.

Bagaimanapun, Solskjaer bercakap kepada pemberita menjelang aksi berdepan Watford esok, bahawa dia berasa selamat dengan tugas sekarang dan percaya semua orang di kelab itu mempunyai pandangan yang sama.

"Ya berasa selamat, kami bekerja untuk tujuan yang sama iaitu untuk terus bangkit mendapat keputusan lebih baik. Penyokong masih setia menyokong pasukan dan kelab, ketika tempoh sukar yang dilalui untuk memastikan pasukan kembali bangkit." kata Solskjaer.

"Apabila anda tewas perlawanan sememangnya ia perasaan yang mengecewakan selain berdepan pelbagai tekanan. jadi kami berbincang secara terbuka dan jujur. Minggu ini suasana yang baik ketika latihan."

Pengendali Leicester City, Brendan Rodgers menjadi calon pilihan utama untuk menggantikan Solskjaer, sementara pengendali dari Sepanyol, Luis Enrique dan Zinedine Zidane turut dikaitkan dengan tugas itu.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 19 November 2021 @ 10:56 PM