VERSTAPPEN.
VERSTAPPEN.
AFP

Paris: Ketua pasukanMercedes, Toto Wolff berkata diplomasi sudah berakhir apabila menggesa siasatan dijalankan membabitkan insiden pelumba Red Bull, Max Verstappen 'mengasak' Lewis Hamilton sehingga terkeluar daripada litar ketika Grand Prix Sao Paulo hujung minggu lalu.

Mercedes yakin Verstappen yang kemudiannya mendahului perlumbaan begitu agresif ketika melayan selekoh pada pusingan ke-48 ketika pencabar gelaran, Hamilton cuba memotongnya.

Juara bertahan Hamilton terkeluar daripada trek tetapi petugas ketika itu tidak mengambil sebarang tindakan ke atas pelumba Belanda terbabit.

"Saya selalunya sangat diplomatik ketika memperkatakan sesuatu isu tetapi diplomasi sudah berakhir hari ini," kata Wolff.

Mercedes percaya mereka mempunyai bukti kukuh berdasarkan kamera di kokpit Verstappen yang menunjukkan insiden itu seperti disengajakan dan Wolff tidak berpuas hati dan menganggap tidak adil selepas tiada hukuman dikenakan ke atas Verstappen.

Perlumbaan itu akhirnya dimenangi Hamilton yang disifatkannya antara perlumbaan terhebat selepas bermula di petak ke-10.

Artikel ini disiarkan pada : Rabu, 17 November 2021 @ 12:59 PM