JADON Sancho. FOTO EPA
JADON Sancho. FOTO EPA
Agensi

London: Rio Ferdinand yakin masanya akan tiba untuk Jadon Sancho membuktikan kemampuannya yang berjaya memikat Manchester United untuk membelinya dengan harga £73 juta (RM407.9 juta).

Bekas pemain Borussia Dortmund itu kehilangan tempat di United dan disingkirkan dalam skuad kebangsaan England minggu lalu oleh pengurus, Gareth Southgate.

Ferdinand bagaimanapun berkata, adalah sesuatu yang normal untuk seseorang pemain menyesuaikan diri dengan kelab barunya.

Dia memberi contoh Patrice Evra dan Nemanja Vidic, dua bekas rakan sepasukannya di United yang memerlukan masa untuk menyerlah di Old Trafford.

Bekas pertahanan United itu turut menegaskan Sancho tidak boleh menjadikan ketibaan Cristiano Ronaldo sebagai alasan kegagalan untuk membuktikan kemampuannya.

"Dia perlu melihatnya sebagai satu kelebihan dan tidak memikirkan perkara negatif.

"Sancho dikenali sebagai seorang pemain yang amat penting. Anda harus mencontohi sikapnya ketika sesi latihan.

"Tidak ada keraguan mengenai kemampuan dan keinginan Sancho. Tapi kadangkala apabila anda berhijrah ke kelab baru, anda memerlukan masa untuk meyesuaikan diri.

"Sancho berdepan situasi seperti itu ketika ini. Saya rasa masanya akan tiba juga nanti untuk dia menyerlah.

"Patrice Evra dan Nemanja Vidic adalah antara contoh pemain yang tidak dapat mempamer aksi sebenar dalam tempoh singkat," katanya.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 14 November 2021 @ 10:57 AM