Pengendali England, Gareth Southgate memerhatikan aksi pemain pada saingan kelayakan Piala Dunia. FOTO EPA
Pengendali England, Gareth Southgate memerhatikan aksi pemain pada saingan kelayakan Piala Dunia. FOTO EPA
AFP

London: Pengendali England, Gareth Southgate penggiliran pemain dalam pasukannya berdepan San Marino ketika skuad Three Lions hampir pasti mendapat tempat dalam saingan Piala Dunia tahun depan.

Anak buah Southgate dapat memastikan tempat ke Qatar jika mereka berjaya mengelak kekalahan di San Marino.

Pendahulu Kumpulan I membenam Albania 5-0 dan dijangka tidak berdepan banyak masalah menentang pasukan berada di ranking terendah dunia pada aksi kelayakan sebelum ini.

Selepas Harry Kane meledak hatrik dan gol dari Harry Maguire dan Jordan Henderson meletakkan England mendahului selesa ke atas Albania, Southgate melakukan beberapa pertukaran pada babak kedua untuk merehatkan pemain bintangnya.

Namun dia masih merancang untuk melakukan beberapa perubahan di San Marino sementara turut mengakui Mason Mount dan Luke Shaw mungkin tersisih sekali lagi ketika mereka pulih daripada kecederaan.

"Ya kami akan melakukan beberapa pertukaran kerana sudah melakukan yang terbaik dan mahu mengekalkan prestasi seperti pada beberapa aksi sebelum ini sekalipun terdapat beberapa rombakan," kata Southgate.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 13 November 2021 @ 11:14 PM