JERMAN terpaksa berdepan dengan masalah baru menjelang saingan kelayakan Piala Dunia selepas lima pemain terpaksa menjalani kuarantin. FOTO Agensi
JERMAN terpaksa berdepan dengan masalah baru menjelang saingan kelayakan Piala Dunia selepas lima pemain terpaksa menjalani kuarantin. FOTO Agensi
AFP

Berlin: Lima pemain Jerman dikuarantin selepas salah seorang daripada mereka diuji positif Covid-19, jelas Persekutuan Bolasepak Jerman (DFB).

Pemain yang dijangkiti itu sudah divaksin sepenuhnya dan tidak menunjukkan sebarang simptom jelas badan induk berkenaan tanpa mendedahkan individu terbabit.

Bagaimanapun, akhbar harian Bild mengenal pasti pemain berkenaan ialah Niklas Suele yang beraksi bersama Bayern Munich.

Empat lagi pemain diminta untuk melakukan kuarantin selepas mereka adalah kontak rapat dengan individu berkenaan walaupun ujian mereka negatif.

"Berita ini hadir hampir dengan penamat saingan kelayakan Piala Dunia, ia satu tamparan buat barisan kejurulatihan begitu juga dengan Die Mannschaft," kata Pengarah DFB Oliver Bierhoff.

Kes berprofil tinggi terbaru itu hadir ketika Jerman sedang melawan lonjakan jangkitan baharu, dengan kadar jangkitan Covid-19 selama tujuh hari mencapai rekod baharu hari ini.

Tumpuan sekali lagi terarah kepada bintang Bayern Munich Joshua Kimmich, selepas Bild bertanyakan apakah makna buat pemain yang tidak mengambil vaksin

Kimmich, yang mengetuai Jerman dalam kelayakan Piala Dunia baru-baru ini, mencetuskan perdebatan hangat di negara berkenaan bulan lalu apabila dia mendedahkan dia memilih untuk tidak mendapatkan vaksin, kerana 'kebimbangan peribadi'.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 9 November 2021 @ 7:22 PM