CONTE ikat kontrak sehingga 2023.
CONTE ikat kontrak sehingga 2023.
AFP

London: Tottenham hari ini mengumumkan pelantikan bekas pengurus Chelsea dan Inter Milan, Antonia Conte sebagai pengurus baharu mereka susulan pemecatan Nuno Espirito Santo.

"Kami gembira mengumumkan pelantikan Antonio Conte sebagai ketua jurulatih dengan kontrak sehingga 2023 serta pilihan lanjutan," kata kelab Liga Perdana itu dalam satu kenyataan.

"Antonio memenangi gelaran Serie A termasuk hatrik Scudetto bersama Juventus, Liga Perdana dan turut mengendalikan Itali dengan membawa Azzurri ke suku akhir Euro 2016."

Spurs memecat Nuno selepas hanya empat bulan mengendalikan tugas dan pantas membawa masuk Conte yang memacu Chelsea menjuarai gelaran Liga Perdana pada 2016/2017 dengan Tottenham muncul naib juara.

Pengendali berusia 52 itu tidak terikat dengan mana-mana kelab sejak meninggalkan Inter Milan pada penghujng musim lalu selepas membawa mereka menjuarai gelaran Serie A.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 2 November 2021 @ 9:18 PM