SANTO  hanya empat bulan mengendalikan Spurs.
SANTO hanya empat bulan mengendalikan Spurs.
AFP

London: Tottenham mengumumkan pemecatan pengurus Nuno Espirito Santo dan staf kejurulatihan susulan permulaan hambar dalam saingan Liga Perdana musim ini.

Spurs tewas 0-3 kepada Manchester United di tempat sendiri Sabtu lalu, kekalahan kelima dalam 10 perlawanan yang menyebabkan mereka diejek penyokong sendiri.

Pengarah Urusan Bola Sepak, Fabio Paratici dalam kenyataan kelab berkata: "Saya tahu betapa Nuno dan staf kejurulatihannya mahukan kejayaan dan saya kesal kami terpaksa membuat keputusan ini.

"Nuno lelaki yang baik dan kehadirannya sentiasa dialu-alukan di sini. Kami berterima kasih kepadanya dan staf kejurulatihan. Kami berharap mereka lebih berjaya pada masa depan."

Bekas pengurus Wolves berusia 47 tahun itu dilantik menjadi pengendali baharu Spurs menggantikan Jose Mourinho pada Jun lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Isnin, 1 November 2021 @ 6:47 PM