PENGENDALI Chelse, Thomas Tuchel. -FOTO AFP
PENGENDALI Chelse, Thomas Tuchel. -FOTO AFP
AFP

London: Pengurus Chelsea, Thomas Tuchel mencabar pasukannya untuk membuktikan mereka dapat merapatkan jurang dengan Manchester City dan Liverpool dalam saingan Liga Perdana.

The Blues kini menguasai carta liga dengan sembilan perlawanan namun juara bertahan City dan Liverpool yang mendominasi liga utama Inggeris itu sejak beberapa tahun kebelakangan ini membuatkan mereka semakin gusar.

Skuad Pep Guardiola menang tiga daripada empat gelaran dan melakarkan sejarah pada musim 2018/19 dengan mengumpul 100 mata.

Mereka menewaskan Liverpool dalam perebutan trofi kejuaraan pada musim berikutannya dengan mengumpul 98 mata sebelum Jurgen Klopp membantu Reds merangkul gelaran liga yang pertama dalam tempoh 30 dengan keseluruhan mata yang diraih 99 mata 2019/20.

Kali terakhir Chelsea menjuarai Liga Perdana adalah pada 2017 ketika di bawah kendalian Antonio Conte dan Tuchel mahu pemainnya terus mengekalkan rentak sepanjang musim ini agar mereka setara dengan pesaing mereka itu.

"Ia tidak mencukupi untuk membuktikannya dari sembilan perlawanan - ia seperti berlari maraton," kata pengendali Jerman sebelum perlawanan Blues menentang Newcastle di St James Park.

"Saya tidak mempunyai masalah untuk mengakui terdapat jurang beberapa tahun kebelakangan ini. Kami cukup yakin untuk mengatakan kami mahu menutupnya dari hari pertama musim ini. Inilah yang mendorong kami.

"Liverpool dan City berada di tahap terbaik. Kami sedang merapatkan jurang dan perjalanan masih jauh.

Chelsea menewaskan City 1-0 pada final kempen Liga Juara-Juara musim lalu namun menamatkan saingan liga dengan 19 mata di belakang mereka dalam saingan Liga Perdana.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 30 Oktober 2021 @ 8:52 AM