Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel (tengah) meraikan kemenangan pasukan bersama pemain dalam aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO EPA
Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel (tengah) meraikan kemenangan pasukan bersama pemain dalam aksi Liga Perdana Inggeris. FOTO EPA
Agensi

London: Pengendali Chelsea, Thomas Tuchel dilaporkan meminta pihak pengurusan kelab itu mendapatkan penyerang baharu pada jendela perpindahan Januari depan.

Skuad The Blues membelanjakan £97.5 juta (RM557 juta) yang merupakan rekod kelab untuk menandatangani semula Romelu Lukaku pada musim panas dan penyerang kebangsaan Belgium itu meledak empat gol dalam 11 penampilan sejak menyertai kelab itu.

Lukaku kini terpaksa disisihkan kerana kecederaan buku lali begitupun menurut pakar perpindahan Ian McGarry, Tuchel bimbang kerana terlalu bergantung kepada barisan tengah untuk mendapatkan gol.

Justeru, pengurus Chelsea itu sudahpun menyarankan pengurusan kelab untuk melakukan pencarian bagi penyerang baharu apabila jendela perpindahan dibuka.

"Kami dimaklumkan dia [Tuchel] mengemukakan permintaan kepada kelab bahawa dia mahukan khidmat penyerang baru bagi jendela perpindahan Januari ini," kata McGarry kepada The Transfer Window Podcast.

"Saya difahamkan belum ada senarai pendek setakat ini tapi anda dapat lihat mereka terlalu bergantung kepada Lukaku dalam tempoh singkat sejak pemain berkenaan menyertai kembali kelab itu.

"Ia memberi kesan yang ketara begitu juga penampilan Romelu Lukaku yang terpaksa diketepikan sekurang-kurangnya dua perlawanan dan mungkin kepada sebulan pada minggu akan datang, begitu juga Timo Werner yang terpaksa disisihkan.

Chelsea dipercayai antara beberapa kelab elit Eropah yang berminat menandatangani penyerang Borussia Dortmund, Erling Braut Haaland tahun depan.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 29 Oktober 2021 @ 12:56 PM