LEWANDOWSKI dipilih pemenang Ballon d’Or tahun ini?
LEWANDOWSKI dipilih pemenang Ballon d’Or tahun ini?
Agensi

London: Pemenang Ballon d'Or tahun ini sukar diramal berbanding sebelumnya dengan Leo Messi dan Cristiano Ronaldo tidak lagi menjadi calon pilihan selepas mereka mendominasi anugerah itu sejak sedekad lalu.

Terdapat banyak nama kali ini termasuk pemain tengah Chelsea, Jorginho dan penyerang Real Madrid, Karim Benzema.

Bagaimanapun, senarai calon terbabit yang bocor didedahkan di media sosial yang menunjukkan penyerang Bayern Munich dari Poland, Robert Lewandowski dinobatkan pemenang dengan mendapat 627 undi. Messi di tempat kedua dan tempat ketiga milik Benzema.

Cristiano Ronaldo hanya berada di tempat kesembilan manakala Luka Modric ke-12. Bintang muda Barcelona, Pedri muncul pemain Sepanyol terbaik apabila menduduki tempat ke-18 mengatasi sensasi Paris St Germain dari Brazil, Neymar.

Pasangan yang diramal bakal mendominasi dunia bola sepak dalam dekad seterusnya, Kylian Mbappe dan Erling Haaland masing-masing berada di tempat keenam dan kelapan.

Perkara sama turut berlaku pada 2018 ketika Luka Modric memenangi Ballon d'Or di mana senarai pemenang bocor dan diketahui lebih awal. Keputusan 2021 tampaknya telah ditentukan kerana undian sudah pun ditutup. Sama ada senarai yang bocor itu benar atau tidak akan diketahui pada 29 November.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 11:07 PM