Pemain Sassuolo, Maxime Lopez (tengah) menjaringkan gol kemenangan pasukannya ketika berdepan Juventus. FOTO EPA
Pemain Sassuolo, Maxime Lopez (tengah) menjaringkan gol kemenangan pasukannya ketika berdepan Juventus. FOTO EPA
AFP

Milan: Maxime Lopez mengejutkan Juventus menerusi jaringan pada minit ke-95 di Stadium Allianz untuk memastikan Sassuolo menang 2-1 awal pagi ini, sekali gus meletakkan lawan ketinggalan dalam usaha memburu kejuaraan liga.

Lopez pemain tengah Perancis meledak gol menarik ketika Juve memburu kemenangan untuk memulihkan rentetan kekalahan skuad kendalian Massimiliano Allegri.

Juve kini ketinggalan 13 mata di belakang pendahulu liga, AC Milan yang mengatasi Torino semalam dan berada di kedudukan ketujuh selepas beberapa aksi mengecewakan.

Sementara itu, Sassuolo kendalian Alessio Dionisi melonjak ke kedudukan kesembilan dengan 14 mata, hanya satu mata di belakang Juve selepas kemenangan sulung ke atas skuad Old Lady itu.

"Ini adalah salah satu perlawanan yang anda tidak patut tewas jika anda tahu anda tidak akan memenangi semangat mereka," kata Allegri.

"Kami harus memikirkan mengenai bagaimana menguasai perlawanan, anda tidak boleh melepaskan jaringan seperti itu dalam serangan balas.. Juve tidak akan membenarkan jaringan seperti hari ini dan ia sepatutnya tidak berlaku lagi."

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 28 Oktober 2021 @ 9:29 AM