Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo. FOTO AFP
Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo. FOTO AFP
Agensi

London: Cristiano Ronaldo enggan bersetuju dengan kepulangan semula Antonio Conte di kerusi panas pengendali Juventus selepas pemergian Massimiliano Allegri beberapa tahun lalu menurut laporan media tempatan negara itu.

Khabar angin bertiup kencang mengenai pengendali berusia 52 tahun itu yang menjadi sasaran utama untuk mengambil alih tugas pengendali di Manchester United ketika Ole Gunnar Solskjaer kini berdepan risiko di pecat.

Conte sebelum ini dikaitkan kuat dengan kepulangan semula ke Juventus sebagai pengganti Allegri sebelum menyertai Inter Milan pada 2019, tatkala skuad Old Lady melantik Maurizio Sarri sebelum menyerahkan tugas pada Andrea Pirlo mengendalikan pasukan itu.

Menurut laporan La Repubblica, Ronaldo menentang pandangan mengenai kepulangan Conte ke Juventus dua tahun lalu, dengan kelab Itali itu tidak bimbang untuk merehatkan dan melakukan sistem giliran terhadap pemain bintang mereka.

Tambah laporan itu, Ronaldo tidak yakin dengan corak permainan bertahan Conte tetapi belum ada khabar berita menyatakan bekas bos Inter dan Chelsea itu dihubungi pihak pengurusan kelab berkenaan untuk mengambil alih United setakat ini.

Conte memenangi empat kejuaraan Scudettos ketika di Itali bersama Juve dan Inter.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 8:35 AM