Pemain Barcelona bergambar sebelum perlawanan La Liga. FOTO AFP
Pemain Barcelona bergambar sebelum perlawanan La Liga. FOTO AFP
AFP

Buenos Aires: Barcelona dan Boca Juniors yang juga dua bekas kelab Diego Maradona akan beraksi dalam perlawanan persahabatan bagi memperingati mendiang legenda bola sepak Argentina itu pada 14 Disember di Arab Saudi.

Piala Maradona akan berlangsung di Mrsool Park dekat Riyadh selepas setahun kematian pemain itu.

Pemain yang memenangi Piala Dunia 1986 meninggal dunia November lalu pada usia 60 tahun.

Boca dalam satu kenyataan hari ini berkata perlawanan itu bagi 'memperingati legasi' antara pemain terbaik bola sepak.

Maradona beraksi di gergasi Buenos Aires, Boca pada musim 1981-82 sebelum menyertai kelab itu semula 1995 bagi tempoh dua tahun terakhir kariernya.

Dia juga melakukan 58 penampilan buat Barca antara 1982 dan 1984, termasuk memenangi Piala Raja Sepanyol pada musim pertamanya di kelab itu.

Maradona meninggal dunia akibat serangan jantung pada 25 November tahun lalu selepas menjalani pemulihan daripada pembedahan mengeluarkan darah beku daripada kepalanya.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 26 Oktober 2021 @ 7:38 AM