MOUNT meledak hatrik untuk membantu Chelsea membelasah Norwich 7-0. FOTO AFP
MOUNT meledak hatrik untuk membantu Chelsea membelasah Norwich 7-0. FOTO AFP
AFP

London: Chelsea membuktikan mereka mampu cemerlang tanpa tonggak penyerang yang cedera apabila Mason Mount meledak hatrik untuk membantu pendahulu Liga Perdana Inggeris (EPL) membelasah Norwich 7-0 sebentar tadi.

Pasukan bimbingan Thomas Tuchel tidak dapat menurunkan Romelu Lukaku yang mengalami kecederaan buku lali dan Timo Werner pula bergelut masalah hamstring selepas beraksi di Liga Juara-Juara pertengahan minggu ini mengalahkan Malmo.

Walaupun tanpa kehadiran penyerang utama, Chelsea berjaya membelasah pasukan tangga terbawah liga, Norwich di Stamford Bridge untuk berada di puncak dengan kelebihan empat mata.

Mount memecah kebuntuan dengan gol pertamanya sejak Mei, menamatkan kemarau 15 aksi tanpa meledak sebarang jaringan.

Callum Hudson Odoi turut menamatkan kemarau jaringan yang lebih panjang apabila menjaringkan gol pertama liga sejak Januari.

Recce James melebarkan penguasaan Chelsea melalui gol ketiga diikuti Ben Chilwell dan gol sendiri Max Aarons.

Gol kedua Mount diperoleh melalui sepakan penalti dan dia melengkapkan hatrik di hujung saingan untuk membolehkan Chelsea mencatat kemenangan terbesar sejak Tuchel mengambil alih pasukan Januari lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Sabtu, 23 Oktober 2021 @ 10:04 PM