PENGERUSI baru Newcastle United, Yasir Al-Rumayyan (dua dari kiri) menyaksikan perlawanan ketika kelabnya menentang Tottenham. FOTO AFP
PENGERUSI baru Newcastle United, Yasir Al-Rumayyan (dua dari kiri) menyaksikan perlawanan ketika kelabnya menentang Tottenham. FOTO AFP
AFP

London: Kelab Liga Perdana Inggeris (EPL) sebulat suara menyekat mana-mana pasukan yang membuat perjanjian menguntungkan melalui perniagaan yang mempunyai hubung kait dengan pemilik selepas pengambilalihan Arab Saudi ke atas Newcastle.

Akhbar The Guardian melaporkan 18 kelab mengundi untuk menyokong larangan berkenaan dalam satu mesyuarat tergempar, dengan Newcastle melakukan undian tidak menyokong tindakan berkenaan dan Manchester City pula menolak daripada melakukan undian.

Kedua-dua kelab berkenaan difahamkan menyoal mengenai kesahihan tindakan berkenaan.

Ini bermakna penggantungan selama sebulan akan diadakan terhadap rundingan mewah dengan pemilik kelab tatkala isu itu terus hangat diperdebatkan.

Kebanyakan kelab di liga utama England itu gusar kekayaan pemilik kelab Newcastle itu akan membuat perjanjian dengan negara yang terkenal sebagai pengeluar minyak sekali gus memberikan mereka sedikit kelebihan.

Minggu lalu, pemilik Leeds United, Andrea Radrizzani berkata, peraturan Peraturan Kewangan Bersih (FFP) mesti ditegakkan agar kesemua kelab 20 kelab EPL 'bermain secara adil'.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 19 Oktober 2021 @ 9:52 PM