CRISTIANO Ronaldo. FOTO EPA
CRISTIANO Ronaldo. FOTO EPA
Agensi

London: Bintang Manchester United, Cristiano Ronaldo muncul penjaring hatrik terbanyak dalam abad ke-21.

Penyerang berbisa itu yang lebih lima hatrik berbanding seteru utama, Lionel Messi, menjaringkan hatrik terbaru ketika membantu Portugal membelasah Luxembourg 5-0 pada kempen kelayakan Piala Dunia.

Messi pula merekodkan 53 hatrik dan pesaing terdekat kedua-dua bintang itu, Luis Suarez pula melakukan 29 hatrik.

Penyerang Bayern Munich dan salah seorang calon pilihan untuk memenangi anugerah Ballon d'Or pada tahun ini, Robert Lewandowski, kurang tiga hatrik berbanding Suarez.

Penyerang antarabangsa Poland itu sudah pun meledak hatrik musim ini ketika bertemu Hertha Berlin pada saingan Bundesliga.

Bintang Paris Saint-Germain (PSG) dan Brazil, Neymar turut berada dalam senarai apabila merekodkan 20 hatrik.

Mario Gomez dan Klaas-Jan Huntelaar kedua-duanya merekodkan 18 hatrik, begitu juga legenda Manchester City, Sergio Aguero.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 14 Oktober 2021 @ 9:55 PM