MOUNT mengakui segala usaha kerasnya sebelum ini sudah menampakkan hasil. FOTO AFP
MOUNT mengakui segala usaha kerasnya sebelum ini sudah menampakkan hasil. FOTO AFP
AFP

London: Pemain tengah England dan Chelsea, Mason Mount berkata, ia sangat istimewa melihat namanya berada dalam senarai 30 calon Ballon d'Or.

Bagaimanapun, pemain berusia 22 tahun itu berkata ia baru permulaan selepas membantu The Blues memenangi Liga Juara-Juara dan menolong England mara ke final kejohanan utama buat kali pertama sejak 1966.

"Ia sangat istimewa. Melihat dan berada nama saya sebaris dengan bintang ternama, ia bagaikan mimpi.

"Selepas setahun bekerja keras, dedikasi dan melihat sesuatu seperti ini, ia menunjukkan segala-galanya sudah terbalas. Ia baru permulaan, ia tidak akan berhenti sekarang," katanya.

"Mount tidak menjangkakan dia akan memenangi anugerah itu, dengan calon pilihan, Lionel Messi dilihat mampu merangkul trofi itu buat kali ketujuh selepas membantu Argentina muncul juara Copa America.

"Saya rasa ragu-ragu (untuk menang) tapi siapa tahu. Paling penting buat saya adalah cuba untuk mencapai tahap terbaik seperti yang dirancang sebelum ini dan terus mengorak langkah lebih jauh," katanya.

Mount sekarang ini berdepan saingan sengit untuk mengekalkan kedudukannya dalam kesebelasan utama skuad Gareth Southgate.

Pemain Manchester City, Phil Foden mencuri tumpuan ketika Three Lions membelasah Andorra 5-0 Sabtu lalu.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 12 Oktober 2021 @ 11:19 AM