Istanbul: Pemandu Mercedes, Valtteri Bottas memenangi kejuaraan pertamanya musim ini apabila memenangi saingan Grand Prix Turki sebentar tadi, ketika Max Verstappen pula mendahului saingan perebutan kejuaraan.
Pemandu Red Bull itu menamatkan perlumbaan di tempat kedua untuk merangkul enam mata mendahului saingan kejuaraan mengatasi rakan sepasukan Bottas, Lewis Hamilton yang hanya berpuas hati di tempat kelima.
Seorang lagi pemandu Red Bull, Sergio Perez menduduki tempat ketiga, mengatasi pemandu Ferarri, Charles Leclerc di tempat keempat.