DAVID Moyes. FOTO AFP
DAVID Moyes. FOTO AFP

London: David Moyes memuji serangan mantap Declan Rice dengan aksi yang semakin berbisa selepas bintang England itu menjaringkan gol keduanya dalam saingan Liga Europa buat West Ham musim ini.

Rice beraksi dengan baik buat Hammers ketika melakarkan kemenangan 2-0 ke atas Rapid Vienna dan membuka jaringan dengan gerakan cantik.

Selepas menewaskan Dinamo Zagreb 2-0 pada perlawanan pembukaan Kumpulan H di Croatia dua minggu lalu, skuad Moyes berada di posisi terbaik untuk baki aksi peringkat kumpulan yang seterusnya.

Bos Hammers itu berkata: "Persembahan yang hebat yang sudah kami lakukan musim ini, tapi kami masih lagi belajar di peringkat ini. Kami melakukan tugas dengan baik dan kami layak menang.

"Ia adalah gol yang hebat dan gol terbaik oleh Declan. Dia berani, dia mempunyai kemampuan untuk ke depan dan menjaringkan gol. Kami mendorongnya untuk melakukannya itu. Ia satu yang bagus apabila dia sudah menjaringkan dua gol dalam pertandingan ini.

"Saya yakin dia akan memberikan lebih lagi selepas ini, saya rasa ia lebih dari kemampuannya dan dia juga mendapat peluang yang tepat. Tapi keseluruhannya dia seorang pemain tengah yang sangat bagus dan semakin berkembang.

Ia adalah perlawanan yang amat diharapkan oleh West Ham yang mahukan kemenangan selesa dengan lawan terpaksa bergelut dalam saingan Liga Australia musim ini.

Rice meledakkan gol buat West Ham pada minit ke-29 manakala Said Benrahma mengesahkan gol kemenangan pasukan ini pada minit terakhir.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 1 Oktober 2021 @ 9:21 AM