KOEMAN (tengah) ketika mengendalikan sesi latihan. FOTO AFP
KOEMAN (tengah) ketika mengendalikan sesi latihan. FOTO AFP
AFP

Madrid: Masa depan Ronald Koeman selaku jurulatih Barcelona mungkin sudah diputuskan namun keputusan dua perlawanan seterusnya bermula dengan bertemu Benfica di Liga Juara-Juara, Khamis ini mungkin mampu menyelamatkan nasibnya.

Tiga perlawanan tanpa kemenangan dan sidang media yang menyaksikan Koeman enggan menjawab soalan selain menagih sokongan menandakan masa depannya di Barcelona bakal berakhir.

Seri tanpa jaringan di Cadiz berakhir dengan Gerard Pique beraksi di barisan depan dan ketika Pique meminta peminat bertenang selepas tamat perlawanan, kapten pasukan itu juga tidak lagi mahu melindungi Koeman.

"Kelab ini sudah lama berada di puncak selama beberapa tahun dan kami tidak biasa dengan situasi sekarang.

"Kita semua perlu berusaha untuk memberikan kestabilan. Kami boleh terus mengeluh atau meletakkan pasukan kembali di landasan yang tepat.

"Jangan cetuskan perbalahan kerana ia tidak akan membantu," katanya.

Kemenangan 3-0 ke atas Levante Ahad lalu memberikan kelegaan menjelang aksi getir selepas ini.

Selepas bertemu Benfica, Barcelona akan berdepan tugas sukar berkunjung ke Atletico Madrid yang juga juara bertahan La Liga.

Artikel ini disiarkan pada : Selasa, 28 September 2021 @ 7:32 AM