OSIMHEN berjaya meledak dua gol untuk membantu Napoli mengalahkan Sampdoria 4-0. FOTO AFP
OSIMHEN berjaya meledak dua gol untuk membantu Napoli mengalahkan Sampdoria 4-0. FOTO AFP
AFP

Milan: Victor Osimhen menjaringkan dua gol ketika Napoli membelasah Sampdoria 4-0 untuk kekal permulaan cemerlang Serie A dan kembali ke tangga teratas liga.

Dalam satu lagi aksi awal, Ciro Immobile menyempurnakan penalti pada masa kecederaan bagi membolehkan Lazio mencatat keputusan seri 1-1 di Torino.

Sementara itu, Tammy Abraham menjaringkan gol sulung di Serie A bagi membolehkan skuad bimbingan Jose Mourinho mencatat kemenangan 1-0 ke atas Udinese.

Di Genoa pasukan pelawat, Napoli menguasai perlawanan pada 35 minit pertama.

Selepas 11 minit penjaga gol Emil Audero, gagal menangkap kemas sepakan voli jarak dekat Osimhen dan bola sudah melepasi garisan gol walaupun percubaan berkenaan agak lemah serta cuba diselamatkan.

Sampdoria cuba bangkit dengan melakukan serangan ke arah pintu gol Napoli namun David Ospina berjaya menyelamatkan beberapa percubaan dengan aksi tangkas.

Napoli menguasai perlawanan sehingga ke minit ke-39 apabila sepakan Fabian Ruiz dari jarak 20 meter menuju ke bahagian sudut bawah pintu gol menewaskan Audero.

Osimhen menambah gol kedua pada minit ke-50, apabila meluru untuk mendapatkan hantaran rendah Hirving Lozano sebelum merembat dari dalam petak penalti.

Musim lalu, penampilan pertamanya bersama Napoli pemain kelahiran Nigeria itu terpaksa berehat lebih dua bulan kerana mengalami kecederaan bahu ketika aksi antarabangsa dan dihimpit pula dengan pendemik Covid-19.

Piotr Zielinski menambah gol keempat sembilan minit kemudian selepas dia merembat masuk hantaran rendah Lozano.

"Selepas apa yang berlaku musim lalu iaitu dia antara kecederaan dan Covid-19, paling penting buat saya sekarang adalah bermula dengan baik.

"Beliau juga banyak membantu saya, sentiasa memberikan keyakinan dan cara terbaik untuk membalas budinya ialah menjaringkan gol," kata Osimhen memuji jurulatihnya, Luciano Spalletti.

Artikel ini disiarkan pada : Jumaat, 24 September 2021 @ 10:44 AM