KANE cuba melepasi pertahanan Wolves, Willy Boly dalam aksi Piala Liga. FOTO AFP
KANE cuba melepasi pertahanan Wolves, Willy Boly dalam aksi Piala Liga. FOTO AFP
AFP

London: Harry Kane menamatkan kemarau gol ketika membantu pengendali Tottenham, Nuno Espirito menumpaskan kelab lamanya, Wolves 3-2 menerusi penentuan penalti dalam saingan Piala Liga selepas kedua-dua pasukan terikat 2-2 di masa sebenar di Molineux.

Tanguy Ndombele meletakkan Tottenham di depan pada minit ke-14 selepas dia menampan bola yang cuba dikeluarkan Conor Coady dan merembat melepasi penjaga gol, John Ruddy.

Kane yang gagal meledak gol dalam empat aksi sebelum ini, menambah kelebihan Tottenham pada minit ke-23.

Hantaran sempurna Dele Alli membolehkan Kane meluru ke depan pintu gol lawan dan ketua pasukan England itu merembat rendah menewaskan Ruddy.

Leander Dendoncker merapatkan jurang buat Wolves tujuh minit sebelum rehat apabila dia menanduk masuk sepakan penjuru, Rayan Ait-Nouri.

Daniel Podence menyamakan kedudukan 13 minit selepas aksi kedua bersambung berpunca daripada hantaran Dendoncker.

Pada penentuan penalti, Dendoncker, Ruben Neves dan Coady gagal menyempurnakan tugas.

"Dia mempunyai segala-galanya untuk diberikan kepada pasukan dan lebih penting ialah mengenai aksi ini. Menunjukkan peningkatan dan sama-sama bergerak bersama pasukan," kata Espirito mengenai Kane.

Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 23 September 2021 @ 10:03 AM