GREAVES (kiri) ketika beraksi bersama England di Piala Dunia 1966. FOTO AFP
GREAVES (kiri) ketika beraksi bersama England di Piala Dunia 1966. FOTO AFP
AFP

London: Bekas penyerang England, Jimmy Greaves, salah seorang legenda yang terkenal dengan rekod jaringan, meninggal dunia pada usia 81 tahun selepas ia diumumkan kelab lamanya, Tottenham Hotspur.

"Kami berasa sangat sedih dengan berita kematian legenda, Jimmy Greaves, yang bukan saja salah seorang penjaring terbanyak sepanjang zaman Tottenham tapi salah seorang penyerang hebat di negara ini.

"Jimmy meninggal dunia di rumahnya pagi ini pada usia 81 tahun," kata kelab berkenaan.

Mendiang turut berada dalam skuad England 1966 yang menjulang trofi Piala Dunia dan merekodkan 44 gol sepanjang 57 kali beraksi bersama England.

Rekod yang dipegangnya sangat luar biasa apabila meledak 357 gol dalam saingan liga di England, malah ia masih lagi teguh bertahan.

Untuk Tottenham, mendiang meledak 266 gol dalam 379 penampilan antara 1961 hingga 1970.

"RIP Jimmy Greaves. Seorang legenda dan penjaring gol yang hebat. Salam takziah buat keluarga dan rakan-rakannya," jelas ketua pasukan England, Harry Kane melalui Twitter dan berada di kedudukan kedua penjaring terbanyak sepanjang zaman di belakang Greaves dengan 223 gol.

Artikel ini disiarkan pada : Ahad, 19 September 2021 @ 8:18 PM